17 Tips Mengajar Murid Untuk Menjadi Kreatif — CiKGUHAiLMi

Murid kreatif datangnya daripada guru yang kreatif. Di dalam sebuah kelas, akan ada murid yang kreatif, dan juga murid yang tidak kreatif. Saya sendiri pada mulanya, melihat kreativiti ini seperti satu bakat semulajadi. Ada kes di mana, guru seorang kreatif, tetapi muridnya tetap tak kreatif sepertinya. Jadi persoalannya, bolehkah kita guru mengajar murid untuk menjadi…

via 17 Tips Mengajar Murid Untuk Menjadi Kreatif — CiKGUHAiLMi

Bagaimana menjadikan Excel sebagai alat analisis data

statistics-background-6

Jika anda tidak mempunyai perisian SPSS untuk tujuan menganalisis data, perisian Excel boleh dijadikan sebagai pengganti untuk melaksanakan Ujian -z, Ujian-t,  Anova, Kolerasi, Regresi dan sebagainya.

Tutorial yang saya tunjukkan ini menggunakan perisian Excel 2010.  Bagi yang mempunyai perisian yang lebih tinggi dari 2010 boleh juga mencuba kerana kebanyakan menu antara versi adalah sama cuma kedudukan atau namanya yang berbeza.

  1. Buka Perisian Excel anda dan klik pada menu File.
  2. Klik Options, keluar satu dialog box Excel Options

step 1

3.  Klik menu Add-Ins dan klik pada Analysis Toolpak dan klik butang Go…

step 2

4.  Untuk melakukan analisis, klik menu Data Analysis dalam tab Data.

step 3

5.  Pilih analisis ujian yang hendak dilakukan.  Pada gambarajah saya gunakan ujian regresi mudah bagi membuat ramalan.

step4

Sekian perkongsian dari saya.  Semoga memberi manfaat kepada ramai dalam melakukan analisis, terutama bagi yang sedang menjalankan kajian tesis, kajian emperikal dan sebagainya.  Jika ada salah dan silap mohon diperbetulkan. Dan akhir kata, Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Lembaran.  Semoga yang pulang ke kampung memandu dengan berhati-hati dan doakan kedua ibu bapa kita mendapat Rahmat dan BerkatNya.

 

Masih Nak Naik pangkat..

laluan-kerjaya-29-638

Ramai yang bertanya sebelum ni tentang mengapa boleh cicir naik pangkat TBBK. kesannya tidak berapa nampak. Cuma jika dalam tahun semasa ada iklan kenaikan pangkat pemangkuan, tu yang jadi rugi.  Sebab tidak boleh memohon.

Salah satu penyebab cicir adalah gred semasa tidak di kemaskini di dalam e_Operasi.  Ramai yang pening.  Antara gred hakiki dan gred penyandang.  Anggaplah semua PPP ada dua kategori gred gaji.  Satu untuk Jawatan, dan satu lagi adalah untuk diri sendiri.  Bagi gred jawatan umpama macam kerusi yang kita duduk.

Di bawah KPM bagi jawatan di sekolah ada beberapa jawatan yang mengikut gred.  Guru PdP DG 29 bagi PPLD, DG 41 bagi PPPS.  Guru kanan DG 44, Penolong kanan DG 48 SMK dan DG 32 SK, DG 34 SK Kluster.  Pengetua DG 52, Guru Besar DG 34 SK dan DG 38 SK Kluster.  PPP PdP tingkatan 6 DG 44, 48, 52 dan DG 44, 48 bagi Penolong Kanan Tingkatan 6.  Gred jawatan Jusa C hanya dipunyai oleh Pengarah di jabatan pendidikan negeri-negeri yang besar sahaja.  Untuk pengetahuan guru cemerlang jusa masih di atas jawatan PdP gred DG41.  Oleh itu tiada kemudahan-kemudahan seperti yang diperoleh Pengarah.

Gred penyandang pula adalah gred bagi gaji. TBBK hanya melibatkan kenaikan gred ini.  Gred jawatan masih sama.  Contoh guru siswazah dan exPPLD, jika lantikan pertama / kedua guru DG 41/42 adalah atas jawatan gred DG 41.  Apabila cukup tempoh 8863, gred gaji akan meningkat namun gred jawatan masih kekal DG41.  Melainkan ditawarkan jawatan atau memohon pemangkuan ke jawatan yang lebih tinggi seperti guru kanan atau penolong kanan atau bertukar ke haluan tingkatan 6, IPG atau Matrikulasi.

Oleh sebab itu Khas Untuk Penyandang (KUP) di buat bagi memberi peluang semua guru  meras naik pangkat tanpa perlu menunggu jawatan-jawatan di sekolah kosong.  Dan terdapat guru cemerlang gred Jusa c (gred khas) tetapi gred jawatannya adalah DG 41.  Dikatakan hakiki adalah apabila gred penyandang sama dengan gred jawatan.  Contohnya Guru kanan jawatan DG 44 diisi oleh guru gred gajinya (penyandang) DG 44.  Tetapi apabila gred gaji guru tersebut meningkat ke DG 48 maka statusnya adalah KUP semula.  Bermaksud KUP membolehkan seorang penyandang terus kekal di jawatan semasa walau pun gred gajinya (penyandang) meningkat.  Inilah peluang kenaikan pangkat Time Base Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).

Cikgu Lambat Naik Pangkat..?

0df763b

Dulu-dulu sebelum terlibat dengan urusan kenaikan pangkat ni nampak macam cikgu ni lambat naik pangkat.  Ye lah… berapa ramai cikgu yang diperlukan untuk isi kekosongan pentadbiran di sekolah atau pun pejabat.

Tapi rupanya naik pangkat ni definisinya naik gred gaji.  Bermasud, jika gred gaji naik itu adalah naik pangkat.  TBBK tu sama dengan KUP.  Apa bendalah KUP TBBK ni ya.  KUP ni jawatan yang khas untuk penyandang.  Bila penyandang tu bersara, berhenti atau naik pangkat, orang baru tak dapat jawatan gred tu.  Biasa lihat tempoh gred KUP 8, 8, 6, 3.  Ok lah, ada peluang naik pangkat. Bersyukur..

Lambat ke cepat masih naik pangkat. Walau pun bukan jadi Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan sabagainya..  Gred gaji naik, cukai pendapatan pun naik. jangan lupa ya. Bagi Muslim, zakat yang terbaik.

Cuma ada beberapa cara lain untuk langkau step 8863 tu.  Ada sesiapa nak tau..?  Angkat tangan.  Kalau tiada takpelah.. lain kali cerita..

Mencuri ketika mengajar?

katun2

Sumber gambar daripada blog Pengajaran Matematik Sekolah Rendah

Adakah anda pernah mengalami suasana zaman persekolahan sebelum abad 21? Teringat zaman sekolah dahulu. Cikgu, rakan, papan hijau, kerusi, meja, kapur, pemadam papan hitam.  Suasana kelas dulu-dulu. Tetapi Alhamdulillah kami semua menjadi orang juga akhirnya.  Moga semua guru-guru yang mengajar kami dahulu di RahmatiNya.

Pelbagai kaedah mengajar dari dahulu sehingga sekarang yang mana objektifnya ialah supaya murid belajar.  Kelas bermula pukul 7.45 pagi, rehat 10.00-10.20 pagi sehingga 2.10 petang.  Murid menerima input dari guru-guru yang berbeza.  Ada yang berseloro, garang, cool, serius, lembut dan sebagainya.  Pernah rasa dipulas telinga, ditarik setben, dirotan? Atau dipuji, dihargai, dijadikan contoh teladan? Sesetengah murid menanti-nanti  kedatangan guru dan sesetengahnya pula berdoa supaya guru tak masuk serta tidak kurang juga yang murid tidak kisah pun sama ada guru ada atau tiada.

Pada ketika ini, terdapat pelbagai kaeadah dan teknik-tenik yang boleh mencuri minat pelajar untuk belajar.  Semua itu adalah bergantung kepada kreativiti guru dan juga tahap penerimaan guru bagi satu-satu kelas itu.  Jika kelas yang di depan, jernih muka apabila loceng berbunyi, tetapi kalau kelas yang hujung sekali, sebaliknya berlaku.  Namun, sekarang amat mudah untuk menarik minat murid dengan pengajaran supaya proses pembelajaran berlaku dengan lancar dan berkesan.

Melalui pembacaan dan juga kursus-kursus NLP yang pernah saya hadiri,  cara yang paling popular untuk mencuri perhatian orang lain apabila kita bercakap adalah dengan menakluki deria dominan seseorang itu.  Seperti post sebelum ini yang pernah saya nyatakan tiga deria psikomotor asas yang memang ada pada setiap orang iaitu Visual, Audio dan Kinestetik.  Apabila menyampaikan sesutu perkara dengan bercakap melalui ketiga-tiga elemen deria ini bermaksud majoriti ramai orang yang akan memberi perhatian dengan percakapan atau ucapan penyampai. Ini membawa maksud perlu melibatkan bunyi-bunyian yang menarik, gambar atau gambaran dan pergerakan.  Ini boleh diserapkan di dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam pengajaran.

Beberapa blog dan artikel menjadi rujukan berkaitan pengajaran menarik.  Blog Linguistik, Web Hidayati93, blog CekguNorazimah.com

Gamifikasi

Salah satu kaedah yang boleh memberikan kesan yang baik terhadap penerimaan pelajar dan juga memudahkan guru. Banyak permainana yang memupuk pemikiran, tingkah laku dan minat yang positif di kalangan murid.  Contoh yang saya lihat dari blog Linguistik. Permainan radio rosak, permainan teka lukisan, kotak beracun dan pelbagai lagi permainan yang boleh disesuaikan dengan pengajaran bahasa.  Permainan ini boleh dicipta agar ia bersesuaian dengan masa dan juga tahap kecerdasan pelajar.

Story telling

jika tiada bahan media audio dan visual, boleh menggunakan kaedah story telling. Kebanyakan individu suka mendengar cerita dari kecil sehingga dewasa.  Ditambah dengan cerita pengalaman-pengalaman benar yang memberi inspirasi kepada pendengarnya.  Oleh itu, masukkan unsur-unsur story telling dalam pengajaran bagi menjadikan pengajaran menarik minat murid.

Kecindan

Gunakan punch line2 yang menarik diselitkan apabila melihat murid semakin melayang agar mendapat perhatian dengan sedikit jenaka atau kecindan.  Dalam keadaan serius juga boleh melakukan jenaka. Tetapi ia juga memerlukan latihan dengan melakukannya berulang kali.  Ini juga akan melatih untuk menjadi pengucap dikhalayak ramai kelak bagi menarik perhatian audien yang lebih besar.

Banyak lagi kaedah dan teknik-teknik yang boleh digunakan di dalam pedagogi bagi menarik perhatian murid seperti:

  1. Soal jawab,
  2. Penghargaan,
  3. Pujian,
  4. Kerja berkumpulan,
  5. Ubah posisi

Terdapat pelbagai lagi kaedah dan teknik yang boleh dipelajari dan perlu dicuba.  Pengajaran yang berjaya menarik perhatian murid akan secara automatik menjadikan guru lebih bersemangat dan hilang garangnya.

Selamat beramal… artikel ini adalah berlandaskan beberapa blog, web artikel dan juga berdasarkan pengalaman penulis sendiri.  Mungkin ada secebis yang boleh dimanfaatkan dan boleh dikongsikan bersama.  Jika bermanfaat sila sharekan dan jika tidak, anggaplah sahaja sebagai bahan bacaan jajan yang tiada apa-apa..

Belajar Full Time, Gaji jalan, Tambah Elaun…

2205

Sumber gambar dari blog Synetic Business School

Ramai yang bertanya tentang langkah-langkah memohon HLP, Hadiah Latihan Persekutuan bagi cuti sambung belajar bagi Pegawai Pendidikan.

Bagi saya dan isteri Alhamdulillah kami berdua berjaya bersama, berada dalam khrusus yang sama, dan penyelia yang sama.  Semua itu adalah berkat doa kedua ibu bapa kami yang memang kami mohon mereka berbuat sedemikian.. Kuatnya doa ibu bapa.

Dari segi teknikalnya, ada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan bagi berjaya dalam permohonan.

Mengisi borang permohonan.

Perkara utama yang paling penting adalah usaha untuk berjaya dipanggil temuduga.  Ini adalah kerana jika dokumen yang dipersiapkan untuk temuduga tidak lengkap atau tidak menyokong kekuatan kita, pasti amat sukar untuk terpilih di dalam temuduga.  Bayangkan ada lebih tiga ribu borang permohan yang diterima oleh mereka.  Jika anda ditempat mereka apakah kaedah yang boleh memduahkan kerja tersebut.  Pastinya anda akan mengeluarkan  borang-borang yang tidak lengkap terlebih dahulu supaya pemilihan akan jadi lebih mudah.  Ini hanya gambaran sahaja dan bukannya prosedur sebenar untuk menunjukkan betapa ramai yang memohon dan anda perlu bersaing.

Pegawai di Bahagian Tajaan akan menyusun kesemua permohonan mengikut turutan dan sudah pasti ada sistem yang akan meletakkan wajaran bagi setiap butiran yang terdapat di dalam borang.   Disinilah betapa pentingnya anugerah-anugerah yang diperoleh,  hasil-hasil kerja penulisan, inovasi sama ada diperingkat sekolah mahu pun peringkat antarabangsa.

Carilah sehabis mungkin dan jangan lupa walau satu pun seperti contoh penulisan panduan menjawab soalan atau skema pemarkahan boleh dikira sebagai hasil penulisan. Itulah pentingnya pengurusan profil kerjaya, sijil-sijil dan sebagainya yang boleh menambah nilai diri anda di dalam borang permohonan.

Membina Kertas Cadangan.

Bersama dengan borang permohonan, calon perlu menyedia dan menghantar kertas cadangan yang berkaitan dengan bidang yang dipohon.  Pada pengalaman saya,  kertas cadangan ini perlu berkait rapat dengan bidang kerja atau opsyen anda.  Fikirkan apakah isu-isu atau masalah-masalah yang berlaku di dalam kerjaya anda. Pasti ada.. dan kadang-kadang isu yang dianggap boleh dijadikan tajuk yang menarik dalam kertas cadangan.

Dan jangan lupa tinjau-tinjau juga Google…. yang paling mudah Google Scholar.  Ini kerana Google Scholar merupakan tempat di mana jurnal-jurnal kajian tempatan dan antarabangsa boleh di peroleh di sini dengan hanya menaip keyword yang berkaitan dengan bidang yang dipilih.  Dan yang menariknya, anda boleh memilih julat tahun yang dikehendaki.  Cadangan saya pilihlah jurnal-jurnal lima tahun terkini kerana tajuk yang anda ingin bina adalah kajian yang akan digunakan Kementerian dalam membangunkan pendidikan di Malaysia.  Bayangkan anda sebagai pegawai di Kementerian ingin memberi waran kepada penyelidik yang dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan.  pastinya anda akan memilih penyelidik yang berkait rapat dengan dasar dan isu-isu pendidikan yang terkini dan berimpak.  Bermaksud berbaloi dengan perbelanjaan kewangan yang dikeluarkan.

Jadi, carilah tajuk-tajuk yang berimpak dan gunakan kajian-kajian penyelidik lain dalam tempoh lima tahun terkini sebagai hujah anda di dalam kertas cadangan.  Elakkan dari hanya menggunakan andaian atau pun pengalaman sahaja dalam menghuraikan hujah  di dalam kertas cadangan tersebut.  Bukan tidak boleh, tetapi ianya disertakan dengan sokongan pengkaji-pengkaji yang pernah membuat kajian yang seakan sama dengan kita. Kajian yang berkaitan dengan kerja anda memberi kelebihan untuk anda menggoreng ketika ditemuduga nanti.  tetapi berhati-hati jangan sampai hangit.

Kebiasaannya, bentuk proposal adalah seperti berikut:

  1.  Pengenalan
  2. Penyataan masalah
  3. Latar belakang
  4. Tujuan / Objektif
  5. Persoalan kajian
  6. Metodologi
  7. Kepentingan kajian
  8. Kesimpulan
  9. Rujukan

Jika anda biasa membina kertas konsep atau kajian tindakan, dan mempunyai masa, masukkan kajian kepustakaan bagi menunjukkan anda bersungguh-sungguh untuk menjalankan kajian tersebut.  Dan satu lagi masukkan sekali Gantt Chart tempoh masa kajian dan juga senarai universiti pilihan anda.  Pastikan anda nampak teruja apabila membentangkan kajian anda semasa temuduga nanti dengan syarat anda terpilih untuk ditemuduga.

Tip: Berdoa dan solat hajat.  Minta ibu bapa yang doanya lebih makbul.  Serta berangan-anganlah dengan selalu, universiti yang anda pilih.

Semoga Berjaya… Jika anda mendapat sesuatu daripada artikel ini sharekan kepada orang lain.

Pengajaran Berkesan

ustaz

Sumber gambar dari blog Cikgu Q.Blogspot

Hari ini terbaca beberapa artikel yang menarik daripada beberapa blog dan jurnal berkaitan dengan Pengajaran Berkesan.  Antaranya adalah Blog Pendogogi dalam Pendidikan, Blog Cg Narzuki Online, artikel slide share Akram GC, Guru Cemerlang DG54 SMK Pulau Nyior, Eyeinn Bahrim, KPM.  Keseluruhannya memberikan beberapa gambaran yang sama berkaitan pengajaran berkesan.

Keseluruhannya apa yang dapat difahami, ada beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam menjadikan pengajaran itu berkesan.  pembelajaran menjadi output utama yang menentukan sama ada pengajaran itu berkesan atau tidak.

Di sini saya akan menyatakan pecahan aspek-aspek utama dalam menghasilkan pengajaran berkesan.  Aspek-aspek tersebut adalah,

  1.  penerapan penghargaan,
  2. pemahaman hasil pembelajaran di awal pengajaran,
  3. tarikan perhatian,
  4. aktiviti berpusatkan murid,
  5. pemantauan dan penilaian, dan
  6. kaedah pengajaran kreatif

Kelima-lima aspek ini perlu ada dalam mencipta pengajaran berkesan.  Pengajaran berkesan memberikan impak yang positif melalui maklum balas murid yang menerima pengajaran.  Seperti yang umum ketahui, terdapat pelbagai tahap kecerdasan murid dalam satu sesi pengajaran.  Oleh itu, gaya penerimaan pengajaran adalah berbeza antara satu sama lain.  Ini boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran, jika guru hanya menggunakan pendekatan yang sama sahaja ketika menyampaikan pengajaran.

Bagi mencipta pengajaran berkesan, guru perlu menggunakan keseluruhan deria psikomotor bagi mendapatkan perhatian murid dalam suatu sesi pengajaran.  Deria psikomotor yang asas adalah,

  1.  Visual
  2. Audio
  3. Kinestatik

Ketiga-tiga deria psikomotor ini perlu digunakan sepenuhnya kerana keseluruhan dominan murid ada ketiga-tiga deria tersebut.  Oleh itu,  selain daripada bercakap dan menulis, guru juga memerlukan kemahiran menggambar dan gerak badan.  Ini dapat meningkatkan rapor yang tinggi di antara guru-murid.  Penghasilan pengajaran berkesan juga bergantung kepada persediaan guru.  Adakah guru bersedia sebelum memulakan pengajaran?, adakah guru sentiasa bersemangat memulakan pengajaran di kala emosi guru juga terganggu?, dan Bagaimana untuk mengubah psikologi guru ketika berhadapan dengan deringan loceng kelas yang terdiri daripada murid-murid yang bermasalah..?

Kesemuanya ini menjadi penghalang kepada penghasilan pengajaran berkesan.  Ditambah dengan kesibukan tugas-tugas bukan hakiki yang muncul tidak kiran waktu.  Namun, kesemuanya ini mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik dan berkesan.  Cuma ilmu tersebut belum sampai kepada kita secara mendalam, sedangkan semua guru telah didedahkan semasa berada di Institut atau maktab perguruan.

Bersambung…

Pembangunan Modul PdP

Pelbagai kajian yang melibatkan pembangunan modul bagi mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran agar ianya menjadi lebih efektif. Sebelum ini pengajaran dan pembelajaran lebih banyak berpusatkan kepada guru namun sekarang, pelajar mampu menggunakan pengalaman yang dihubungkaitkan dengan pengetahuan mereka bagi menghasilkan konsep pembelajaran baru (Norasykin & Mohd Miza Shahril Shah 2011).

Azita dan Muhammad Sukri (2013) menyatakan, pada masa kini proses pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin kompleks dalam menongkah arus perubahan dan perkembangan inovasi teknologi yang berlaku di negara kita. Justeru, ianya menuntut kepada penyesuaian sistem pendidikan yang selaras dengan tuntutan industri pekerjaaan semasa.

Oleh itu, guru memerlukan sumber dan bahan pengajaran sebagai panduan untuk mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan. Aliza Ali dan Zamri Mahamod (2015), menyatakan sumber dan bahan pengajaran boleh dibentukkan dalam suatu modul yang dapat memperincikan pengajaran dan pembelajaran guru. Pembangunan modul memudahkan tugas guru untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang efektif dan membentuk pembelajaran kendiri pada pelajar.